Thursday, 26 July 2012

Tiga Golongan Yang Rugi


"Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata:
1) "Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu". Aku    mengucap:"Amin".
 2) "Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak dimasukkan ke syurga". Aku berkata:"Amin".
3) Jibril berkata lagi:"Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya". Lalu aku mengucapkan:"Amin".
 -Riwayat Imam Ahmad-

 Daripada qaul Rasulullah SAW di atas dapatlah disimpulkan, terdapat 3 golongan manusia yang Rasulullah SAW kategorikan sebagai seorang yang rugi. Ruginya bukan di dunia sahaja, malah ruginya berterusan sehingga hari akhirat. Ketika mana orang lain berlumba-lumba mengumpul 'dana pahala' di dunia, dirinya sambil lewa dengan kehidupan dunianya. Maka terlepaslah peluang dan kesempatan yang Allah beri kepadanya.

InsyaAllah, sama-sama kita berdoa semoga usaha yang kecil dan amalan yang sedikit ini dapat mengubah diri. Biar kecil dan sedikit asalkan kita lakukan dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh. Berazam dan bertawakkallah kepada Allah SWT semoga Allah redha dengan apa yang kita lakukan.

 Yakinlah, amalan yang disertai dengan kesungguhan semata-mata mengharapkan redhanya Allah SWT pastinya nanti akan sentiasa menjadi 'sahabat' kita. Setiap masa kita akan bersama-sama dengannya. Umpama seseorang yang sentiasa membaca Al-Quran sudah pastilah Al-Quran itu menjadi sahabatnya. Ada sahaja kesempatan dan masa terluang, Al-Quranlah yang dicapainya. Hari-harinya sentiasa bersama Al-Quran. Gunakanlah peluang dan kesempatan ini dengan melipat gandakan lagi amal ibadah kita.

Saturday, 12 May 2012

HARI IBU DILARANG SAMBUT???

::: HARI IBU DILARANG SAMBUT??? JOM DENGAR PERKONGSIAN Ustaz Azhar Idrus ( Original) :::

Mother’s Day menurut Wikipedia :


“One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of
March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.



Jadi persoalannya di sini, PERLUKAH KITA SEBAGAI ORANG ISLAM untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.


Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”


sekian..
 
 No. 1 is Allah No. 2 is Rasulullah Who next?...your mother Who next?...your mother Who next?...your mother And then your father...^_^

Tuesday, 17 April 2012

10 Laluan Yg bakal dilalui oleh Manusia Dari Dunia sampai Akhirat

LALUAN MENUJU KE KUBUR
*Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala


LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala 
* Bencikan segala yang diharamkan Nya."

Monday, 12 March 2012

Tips Menjadi Wanita Cantik..

Semoga bermanfaat bagi kita semua, terutama kepada wanita muslimah... Amin...



1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian.       InsyaALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.

2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (alhaq) pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai sesama.

3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.

4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia boleh mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan.

5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.

6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kalian akan temui warga Solehin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.

7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Quran dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyukan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi roh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.

8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan pengibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhlasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam mencari keredhaan-NYA.

9) Hembuskanlah nafas taabud wa taqarrub ilaALLAH S.W.T. ke dalam roh dan sanubari kalian. InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang maupun kegelisahan dalam kehidupan.

Sunday, 26 February 2012

Kelebihan mengamalkan al-Mathurat

Al-Mathurat adalah Zikir dan Doa Rasulullah SAW


Banyak kelebihan mengamalkan zikir dan doa Rasulullah ni..

  1. Terpelihara daripada gangguan syaitan dari pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya .
  2. Terpelihara daripada bahaya dan perkara2 yang tidak diingini
  3. Segera mendapat apa yang dicita2nya
  4. Pahala seperti membaca sebahagian besar al-Quran
  5. Keperluannya dicukupkan oleh Allah SWT
  6. Layak mendapat syafaat pada hari kiamat ( yang paling diharap2kan oleh semua hamba Allah )
  7. Sering mendapat kelebihan yang tersendiri
  8. Memberi ketenangan dalam jiwa ( haa tak perlu ke GIG utk berHEAD BANGING dah..)
  9. Mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT 
  10. Membina kekuatan dalaman dan semangat yang tinggi dalam melakukan setiap perkara .
 Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna, memberitahu:

 " Bacalah al-Quran , tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal2 yang tidak berfaedah . "

Saturday, 25 February 2012

~~yahanana...betapa beruntungnya kami....~~



makna lirik
~~yahanana...betapa beruntungnya kami....~~

Telah muncul agama yang didukung,
Dengan munculnya sang nabi Ahmad,
Betapa untungnya kami dengan Muhammad,
 itulah anugerah dari Allah,
betapa beruntutngnya kami,
diistimewakan dengan ayat-ayat tujuh (al-fatihah),
penghimpun rahsia setiap makna,
tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad S.A.W.),
betapa beruntungnya kami,
ketika di makkah bulan tampak terbelah deminya(Muhammad S.A.W.),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad S.A.W.) menjadi dibanggakan di atas seluruh umat,
betapa beruntungnya kami….