HARI IBU DILARANG SAMBUT???
::: HARI IBU DILARANG SAMBUT??? JOM DENGAR PERKONGSIAN Ustaz Azhar Idrus ( Original) :::
Mother’s Day menurut Wikipedia :
“One school of thought claims this day emerged from a custom of mother
worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great
mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox
around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March
(15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday,
Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually
given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a
celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di
antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang
beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu
kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia
sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan
dan mars.
Jadi persoalannya di sini, PERLUKAH KITA SEBAGAI ORANG ISLAM untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap
masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja
seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa
Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya
sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka,
dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana
pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik
untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati
orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis
dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari
tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan
menghormati orang tua mereka.”
sekian..
No. 1 is Allah No. 2 is
Rasulullah Who next?...your mother Who next?...your mother Who
next?...your mother And then your father...^_^
No comments:
Post a Comment