Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥
Bismillah. Menjadi kelaziman
sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti
bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali
dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum
Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca
sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka
syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda
anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut
juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau
sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa
ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu
Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana
Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
~~ Always Pray for Mesir, Pray for Syria, Pray for Rohingya, Pray for Gaza ~~
No comments:
Post a Comment