Tuesday, 19 June 2012
Saturday, 12 May 2012
HARI IBU DILARANG SAMBUT???
::: HARI IBU DILARANG SAMBUT??? JOM DENGAR PERKONGSIAN Ustaz Azhar Idrus ( Original) :::
Mother’s Day menurut Wikipedia :
“One school of thought claims this day emerged from a custom of mother
worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great
mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox
around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March
(15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday,
Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually
given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a
celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di
antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang
beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu
kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia
sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan
dan mars.
Jadi persoalannya di sini, PERLUKAH KITA SEBAGAI ORANG ISLAM untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap
masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja
seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa
Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya
sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka,
dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana
pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik
untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati
orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis
dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari
tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan
menghormati orang tua mereka.”
sekian..
No. 1 is Allah No. 2 is Rasulullah Who next?...your mother Who next?...your mother Who next?...your mother And then your father...^_^
Tuesday, 17 April 2012
10 Laluan Yg bakal dilalui oleh Manusia Dari Dunia sampai Akhirat
LALUAN MENUJU KE KUBUR
*Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )
LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala
LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri
LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram
LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW
LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya."
*Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )
LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri
LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram
LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW
LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya."
Monday, 12 March 2012
Tips Menjadi Wanita Cantik..
Semoga bermanfaat bagi kita semua, terutama kepada wanita muslimah... Amin...
1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. InsyaALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.
2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (alhaq) pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai sesama.
3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.
4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia boleh mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan.
5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.
6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kalian akan temui warga Solehin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.
7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Quran dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyukan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi roh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.
8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan pengibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhlasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam mencari keredhaan-NYA.
9) Hembuskanlah nafas taabud wa taqarrub ilaALLAH S.W.T. ke dalam roh dan sanubari kalian. InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang maupun kegelisahan dalam kehidupan.
Sunday, 26 February 2012
Kelebihan mengamalkan al-Mathurat
Al-Mathurat adalah Zikir dan Doa Rasulullah SAW
- Terpelihara daripada gangguan syaitan dari pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya .
- Terpelihara daripada bahaya dan perkara2 yang tidak diingini
- Segera mendapat apa yang dicita2nya
- Pahala seperti membaca sebahagian besar al-Quran
- Keperluannya dicukupkan oleh Allah SWT
- Layak mendapat syafaat pada hari kiamat ( yang paling diharap2kan oleh semua hamba Allah )
- Sering mendapat kelebihan yang tersendiri
- Memberi ketenangan dalam jiwa ( haa tak perlu ke GIG utk berHEAD BANGING dah..)
- Mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT
- Membina kekuatan dalaman dan semangat yang tinggi dalam melakukan setiap perkara .
" Bacalah al-Quran , tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal2 yang tidak berfaedah . "
Saturday, 25 February 2012
~~yahanana...betapa beruntungnya kami....~~
makna lirik
~~yahanana...betapa beruntungnya kami....~~
Telah muncul agama yang didukung,
Dengan munculnya sang nabi Ahmad,
Betapa untungnya kami dengan Muhammad,
itulah anugerah dari Allah,
betapa beruntutngnya kami,
diistimewakan dengan ayat-ayat tujuh (al-fatihah),
penghimpun rahsia setiap makna,
tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad S.A.W.),
betapa beruntungnya kami,
ketika di makkah bulan tampak terbelah deminya(Muhammad S.A.W.),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad S.A.W.) menjadi dibanggakan di atas seluruh umat,
betapa beruntungnya kami….
Sunday, 1 January 2012
SALAM 2012
Salam semua...saat ini saya tidak dapat melelapkan mata...lama betul tidak mencoret disini...ini mungkin kerana memikirkan beberapa isu yang tengah diperkatakan sekarang ini...
alhamdulillah, dikesempatan cuti semseter ini saya meluangkan masa untuk bersama keluarga
dan bertemu dengan rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa...pelbagai perkara yang dikongsikan bersama untuk menambahkan ilmu pengetahuan...
Selamat tahun baru 2012 saya ucapkan kepada seluruh umat manusia...insya allah pada 3 jan nanti saya akan berangkat pulang ke kuching...beribu perasaan hadir dalam diri ini...rasa sedih untuk meninggalkan keluarga yang tercinta, kampung halaman dan sahabat-sahabat...namun, saya terpaksa mengahadapinya dengan memulakan langkah demi langkah...masih jauh lagi perjalanan dan perjuangan saya di bumi Allah S.W.T ini...
masih banyak lagi ilmu-ilmu Allah yang belum dikuasai...
masih banyak lagi ibadat-ibadat yang belum dilakukan...
Sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya, pelbagai dugaan yang telah menimpa diri ini...
bertapa peritnya diri ini terpaksa menempuhi setiap ujian daripada Allah S.W.T...
saya sedar ujian yang datang ini adalah untuk menguji keimananku terhadap Allah S.W.T...
ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi cubaanMu untuk tahun 2012 yang mendatang ini...
Moga-moga tahun 2012 ini akan menjadi tahun yang gemilang untuk diriku dan umat islam sekalian...Moga-moga tahun 2012 islam akan tertegaknya di bumi Allah ini...insya Allah...
ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kpd pejuang-pejuang agamaMu untuk menentang musuh-musuhMu.. ya Allah, Engkau berkatilah perjuangan kami untuk menegakkan agamaMu... ya Allah, Engkau berikanlah hidayah kepada seluruh umat manusia untuk bersama dalam agamaMu..
Subscribe to:
Posts (Atom)





