Monday, 14 January 2013

1

‎ Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...



♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥



Bismillah. Apa kabar semua?. Diharapkan anda semua sihat-sihat saja. Kali ini saya nak kongsikan tentang No 1. Ni bukan pasal 1 Malaysia yer. hehehee... Info ni saya dapat daripada seorang sahabat di facebook. Selamat membaca. :)


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.


3 .Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA

30.  Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhamamad SAW


Wahai, sahabat maya..baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah… semoga 

kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah...


~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME. PM me 013-2221650~

~~ Always Pray for Gaza, Pray for Syria, Pray for Rohingya~~

Thursday, 13 December 2012

Diet Rasulullah SAW

 Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...


♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥



Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat.
6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
8. Buah tamar
9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan.– Doa sebelum makan;
16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a.
17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.
18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur
21. Berpuasa
22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. 



~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME. PM me 013-2221650~

~~ Always Pray for Gaza, Pray for Syria, Pray for Rohingya~~

Monday, 3 December 2012

Aku Pengen Kurus


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...

♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥

Aku pengen kurus ni sebenarnya tajuk lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi indonesia iaitu saykoji. Kalau nak dengar boleh play je kt bawah. Lagu ni memang sesuai untuk orang yang dalam proses menurunkan berat badan macam saya. he3. 

Seperti yang dijanjikan pada entri yang lalu saya akan updatekan tantang diet saya. Alhamdulillah, kelmarin cukup 2 minggu saya diet guna HERBALIFE. Hasilnya memang terbaekk.... Minggu pertama turun 1 kg. Minggu lepas turun 3 kg lagi. Alhamdulillah, memang terkejut jugak dapat turun banyak ni dalam masa 2 minggu. Allahurabbi. 

OPPSS. Lupa pulak nak bagitau berat asal saya. Ok, 2 minggu lepas berat saya 106 kg. Woowww...beratkan.  Alhamdulillah, sekarang ni dah turun ke 102 kg. Dengan HERBALIFE saya dapat turunkan berat badan dengan sihat. Target saya saya ialah untuk turun ke 96 kg sebelum tahun ni berakhir. Aamiin.  Bersama-sama dengan ini saya kongsikan jadual diet harian saya. Kalau rase mampu nak ikut, dipersilakan. 

Pagi
  • Minum setengah liter Tea Mix Herbalife.
  • Bersenam + jogging 20 minit.
  • Minum F1 dan F3 Herbalife sebagai sarapan.
  • Minum 2 liter Tea Mix Herbalife dan 2 liter air mineral sehingga waktu makan tengah hari.
Tengah hari
  • Makan tengah hari macam biasa.
  • Banyakkan makan sayur.
Petang
  • Minum 1 liter Tea Mix Herbalife dan 3 liter air mineral
  • Bersenam + Jogging 20 minit.
  • Minum setengah liter Tea Mix Herbalife sebelum dan selepas senaman petang.
Malam 
  • Minum F! dan F3 Herbalife sebagai makan malam.
  • Minum 1 liter air mineral.





~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME. PM me 013-2221650~


~~ Always Pray for Gaza, Pray for Syria, Pray for Rohingya~~

Tuesday, 27 November 2012

3

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...


♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥






Sahabat-sahabat sekalian, apa kabar iman kita hari? Alhamdulillah kalau iman semakin bertambah, kalau semakin berkurang sama-samalah kita usahakan agar diri kita menjadi orang yang lebih baik untuk hari-hari akan datang. Aamiin...

Insya Allah untuk entri kali saya kongsikan bersama tentang no 3. Adakah ia ada kaitan dengan team bola sepak negara kita yang telah tewas 0-3 kepada Singapura. Mungkin kottt...he3. 

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya.    (H.R. Tirmidzi)



Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :

1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.


Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.


Artikel ini saya perolehi daripada facebook. Jikalau ada salah dan silap saya mohon maaf dan harap diperbetulkan. Jika ianya bermanfaat sebar-sebarkanlah. Semoga kita semua dapat kebaikan daripada artikel ini. Insya Allah.

~~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME. PM me 013-2221650~

~~ Always Pray for Gaza, Pray for Syria, Pray for Rohingya~~

Saturday, 24 November 2012

AKU & HERBALIFE

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh....

♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥



Insya Allah hari ni saya nak berkongsi-pengalaman saya dalam HERBALIFE. Sebenarnya dah lama saya guna produk nih kalau tak silap akhir bulan 2 tahun nie. Masa tu semangat sangat nak turun berat badan sebab ada sorang cikgu di sekolah saya buat PBS berjaya kurus dengan menggunakan Herbalife.

So, saya pun ambil keputusan untuk try guna produk ni. Satu Kuching saya pusing untuk cari orang jual produk ni. Ingatkan ada jual kat farmasi biasa macam ubat-ubat lain. At last jumpa jugak kat Boulevard, Kuching. Maka kenallah saya dengan seorang cina yang bernama Evelyn. Dia nih dah pernah turun 8 kg dalam masa 3 bulan. 

Saya berfikir 3, 4 kali sebelum beli produk Herbalife sebabnya mahal. Tapi sebab nak Turun berat punya pasal saya dah tak kesah pasal harga. Selapas seminggu guna masih tak ada perubahan. saya pun call seorang member zaman sekolah menengah dulu. Dia ni memang aktif Herbalife. So, saya pun cite la cara saya guna produk tu. Terbahak-bahak dia sukakan saya sebab salah guna produk tu. Dia kata kalau tak tahu tanyalah.

Lepas je ikut cara yang sepatutnya saya pun terus sign up jadi ahli Herbalife bawah dia. Maka bermulalah kehidupanku bersama Herbalife. setelah berbulan-bulan guna total loss weight saya ialah 6 kg. Alhamdulillah. ok la walaupun siket. Ni la sebabnya saya tak guna produk Herbalife ni secara konsisten. Tapi walaupun berat turun siket je, saya dapat rasakan yang stamina saya semasa bersukan semakin meningkat. Allahurabbi 

Bermula pada 19 november yang lalu saya janji pada diri saya sendiri untuk menggunakan kembali Herbalife secara series dan konsisten. Insya Allah segala perkembangan akan saya bagitau dari masa ke semasa di sini.  doakan saya berjaya ye sahabat-sahabat semua. Salam...

~~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME. PM me 013-2221650~


"Saya Tahu Allah sayang saya. Sebab tu diri ini masih diberi kesempatan untuk berubah dan menjadi hamba yang lebih baik. Thank You Allah"

~~Pray For Gaza, Pray For Syria, Pray For Rohingya~~

Friday, 23 November 2012

Puasa Asyura

Assalamulaikum warahmatullah hi wabarakatuh...

Kelebihan Puasa Asyura : 

Daripada Abu Qatadah al-Ansari Radhiallaahu `anhu,beliau berkata bahawa Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam telah ditanya tentang puasa 'Asyura` dan Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam menjawab :
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضي

"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Autor, 4/323]




Apabila Manusia Jahil Agama

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh....

Salam 10 Muharam sahabar-sahabat semua. Marilah sahabat semua kita berpuasa pada hari ini kerana besar ganjarannya. 

Salah satu tanda-tanda kiamat ialah : 
"Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama daripada manusia"


" Insan adalah khaliafah Allah, maka teruskanlah perjuangan untuk membela, menegakkan dan menyebarkan agama Allah di atas muka bumi sehingga ke hari kiamat"

Sayu rasanya hati ini melihat gambar diatas di salah tafsirkan. Ini adalah kesan daripada kurangnya didikan agama dan tidak berminat untuk mendalami ilmu-ilmu Allah dengan mendalam. Allahurabbi. Mungkin juga disebabkan diriku ini sudah lama tidak memperingati sahabat-sahabat yang yang tentang agamaMu Ya Allah. Maafkanlah HambaMU ini Ya Allah.  

Semoga Allah membuka pintu hati mu wahai sahabat untuk menerima kebenaran. Aamiin..

~~Maafkan diri ini jikalau ada membuat kesilapan, tegurlah diri ini, tunjuklah cara yang betul~~