Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥
Bismillah.Selepas 10 malam akhir Ramadhan yang merupakan antara malam-malam terbaik dalam setahun, maka Allah kurniakan pula 10 hari awal Zulhijjah sebagai antara hari-hari terbaik dalam setahun. Di hujung 10 hari ini adalah sunnah melakukan korban.
“Tidaklah ada hari-hari untuk beramal soleh di dalamnya yang lebih dicintai Allah melainkan hari-hari ini (sepuluh hari awal dalam Zulhijjah).” Sabda baginda s.a.w. Sahabat bertanya baginda, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah?” “Walau jihad di jalan Allah sekalipun melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya dan hartanya, tidaklah dia kembali walau dengan satu apapun dari (kedua-dua)nya itu.” [HR Bukhari]
Suburkan 10 Hari Di Zulhijjah Ini Dengan Amal Soleh
Masih ada kesempatan buat kita sekiranya kita masih belum serius memanfaatkan peluang 10 hari ini untuk menyucikan jiwa dan mentarbiyah diri kita. Beberapa hari yang berbaki ini, dicadangkan untuk kita memperbanyak dan memperbaiki kualiti amal soleh kita. Apa-apa saja amal soleh boleh dilakukan, antaranya:
1) Memperbanyak zikrullah, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil
2) Berpuasa: Bagi yang tidak melakukan haji, digalakkan untuk berpuasa terutamanya pada hari Arafah.
Dari Abi Qotadah r.a. berkata: Ditanya kepada Rasul s.a.w. tentang puasa pada hari Arafah? Baginda bersabda:
“Diampunkan baginya dosa pada tahun lepas dan tahun akan datang.”[HR Muslim]
3) Menambah tilawah dan tadabbur Al-Quran
4) Bersedekah di jalan Allah
5) Menjauhi maksiat – Stesyen kebaikan ini disediakan untuk sebagai satu rangsangan menuju perubahan. Rugilah siapa yang masih tidak mahu memanfaatkannya.
6) Berkorban
7) Beristighfar
8) Qiamullail
9) Bersilaturahim
10) Belajar dan menuntut ilmu
Mari manfaatkan peluang 10 hari awal di Zulhijjah ini untuk tarbiyah dan tazkiyah diri. Insya Allah sama-samalah kita usahakan... :)
*sumber:langitilahi.com
~~ Always Pray for Mesir, Pray for Syria, Pray for Rohingya, Pray for Gaza ~~
No comments:
Post a Comment