Friday, 1 November 2013

Doa Awal dan Akhir Tahun

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥ 



Bismillah. Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .



Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 


Ramai orang yang berbeza pendapat tentang doa ni. Bagi saya, ini sekadar doa yang telah disusun oleh ulama terdahulu untuk memudahkan orang-orang terkemudian yang ingin berdoa untuk mengikutinya. Tak ada paksaan pun mengamalkannya ataupun tidak. Semoga bermanfaat. :)


~~ Always Pray for Mesir, Pray for Syria, Pray for Rohingya, Pray for Gaza ~~


Monday, 7 October 2013

Amalan 10 Hari Awal di Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥
 


Bismillah.Selepas 10 malam akhir Ramadhan yang merupakan antara malam-malam terbaik dalam setahun, maka Allah kurniakan pula 10 hari awal Zulhijjah sebagai antara hari-hari terbaik dalam setahun. Di hujung 10 hari ini adalah sunnah melakukan korban.

“Tidaklah ada hari-hari untuk beramal soleh di dalamnya yang lebih dicintai Allah melainkan hari-hari ini (sepuluh hari awal dalam Zulhijjah).” Sabda baginda s.a.w. Sahabat bertanya baginda, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah?” “Walau jihad di jalan Allah sekalipun melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya dan hartanya, tidaklah dia kembali walau dengan satu apapun dari (kedua-dua)nya itu.” [HR Bukhari]


Suburkan 10 Hari Di Zulhijjah Ini Dengan Amal Soleh
Masih ada kesempatan buat kita sekiranya kita masih belum serius memanfaatkan peluang 10 hari ini untuk menyucikan jiwa dan mentarbiyah diri kita. Beberapa hari yang berbaki ini, dicadangkan untuk kita memperbanyak dan memperbaiki kualiti amal soleh kita. Apa-apa saja amal soleh boleh dilakukan, antaranya:
1) Memperbanyak zikrullah, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil
2) Berpuasa: Bagi yang tidak melakukan haji, digalakkan untuk berpuasa terutamanya pada hari Arafah.
Dari Abi Qotadah r.a. berkata: Ditanya kepada Rasul s.a.w. tentang puasa pada hari Arafah? Baginda bersabda: 
“Diampunkan baginya dosa pada tahun lepas dan tahun akan datang.”[HR Muslim]
3) Menambah tilawah dan tadabbur Al-Quran
4) Bersedekah di jalan Allah
5) Menjauhi maksiat – Stesyen kebaikan ini disediakan untuk sebagai satu rangsangan menuju perubahan. Rugilah siapa yang masih tidak mahu memanfaatkannya.
6) Berkorban
7) Beristighfar
8) Qiamullail
9) Bersilaturahim
10) Belajar dan menuntut ilmu
Mari manfaatkan peluang 10 hari awal di Zulhijjah ini untuk tarbiyah dan tazkiyah diri. Insya Allah sama-samalah kita usahakan... :)
*sumber:langitilahi.com
~~ Always Pray for Mesir, Pray for Syria, Pray for Rohingya, Pray for Gaza ~~

Friday, 4 October 2013

Asal - Usul Solat

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥
 

 

Bismillah, Assalamualaikum buat sahabat-sahabat sekalian. Apa khabar kalian semua.  Alhamdulillah, program Festival Kesenian Islam telah berjalan dengan lancarnya. Di hujung minggu yang tenang ini dapatlah  kembali mengemaskini blog ni. Insya Allah, untuk entri kali ini saya cuba kongsikan tentang asal-usul solat. 


Nabi Muhammad saw. Merupakan Nabi terakhir yang diutus oleh ALLAH SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat Nabi-Nabi yang lain. Umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat lima waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah ALLAH SWT terhadap umat Nabi Muhammad.

Tahukah Anda, siapakah yang pertama kali mengerjakan solat lima waktu itu? Secara berurutan, inilah nama-nama yang pertama kali mengerjakan solat 5 waktu itu.

Subuh


Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. Iaitu ketika Nabi Adam keluar daripada syurga lalu diturunkan ke bumi. Hal pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan Nabi Adam merasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua raka'at.

Zuhur


Manusia pertama yang mengerjakan solat Zuhur ialah  Nabi Ibrahim a.s. Iaitu tatkala ALLAH SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat raka'at.

Asar


Manusia pertama yang mengerjakan sholat Asar ialah ; Nabi Yunus a.s. ketika dikeluarkan oleh ALLAH SWT  dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat raka'at karena telah diselamatkan oleh ALLAH SWT. daripada tempat kegelapan.

Maghrib


Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. Iaitu ketika Nabi Isa dikeluarkan oleh ALLAH SWT daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga raka'at kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.

Isya' 


Manusia pertama yang mengerjakan solat Isya' ialah ; Nabi Musa a.s. Ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. ALLAH SWT. Menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isya' yang akhir. Lalu sembahyang Nabi Musa empat raka'at sebagai tanda bersyukur. 


Jangan lupa untuk senantiasa amalkan doa ni. Semoga kita menjadi insan yang TAQWA. Aamiin... :)

Sunday, 15 September 2013

Ujian Adalah Tarbiah Daripada Allah S.W.T.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥

 

Bismillah. Have you had your Shake today? Apa khabar sahabat-sahabat sekalian. Semoga sahabat semua sentiasa sihat dalam perlindungana Allah S.W.T. Aamiiinn. Kebelakangan ni saya sering melihat beberapa orang sahabat di alam maya sering mengadu ditimpa ujian daripada Allah s.w.t. dan diri saya sendiri pun tidak terlepas daripada mendapat ujian daripada Allah.

Alhamdulillah, ku bersyukur pada Allah biar ujian itu pahit tetapi yang lebih memahat di dalam jiwa. Apabila Allah S.W.T menguji kita itulah tandanya Allah itu sayangkan kita. Ujian hidup ini sebenarnya merupakan kayu pengukur aras keimanan dalam hati kita. Samada kita full time beriman, atau sometime ataupun no time beriman kepada Allah S.W.T. 



1-KENAPA AKU DIUJI? 

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”
Surat Al-Ankabut: 2-3
 
2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”  Surah Al-Baqarah ayat 216

3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah Al-Baqarah ayat 286
 
4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
Surah Al-Imran ayat 139

5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!! 

 “Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."
Surah Yusuf ayat 87



 
6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?

 “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung.”
Surah Ali-Imran ayat 200
 
7-APA JAWAPANNYA?

 ”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya.” Surah Al-Baqarah ayat 45-46
 
8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU? 

“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”
Surah Ali-Imran: 173 
 
9-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”
Surah At-Taubah ayat 129 


Renung-renungkan pada masa ini, semoga dapat membawa kebaikan kepada sahabat semua. Insya Allah, aamiinn... :)

*artikel dipetik daripada facebook Ustaz Zahazan.

 

~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME.~
PM me at FB or  013-2221650

~~ Always Pray for Mesir, Pray for Syria, Pray for Rohingya, Pray for Gaza ~~

Saturday, 7 September 2013

Kahwin Awal

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥ 


Bismillah. Have you had your Shake today? Sahabat-sahabat sekalian, apa kabar iman kita hari? Alhamdulillah kalau iman semakin bertambah, kalau semakin berkurang sama-samalah kita usahakan agar diri kita menjadi orang yang lebih baik untuk hari-hari akan datang. Aamiin...

Insya Allah, untuk entri kali ini saya nukilkan tentang kahwin awal. Saya percaya ramai antara kita sudah pun memiliki pilihan hidup masing-masing. Tetapi masih lagi "blur" dengan hala tuju hubungan mereka. Ingatlah, sebaik-baik cinta ialah cinta yang membawa ke Syurga. 

 Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)


Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?


 2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
PTPTN kan adooo...Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

 Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
 
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
 

 5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
 
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.


Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Kerjakan solat istikharah mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. Insya Allah... :)


 

~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME.~
PM me at FB or  013-2221650

~~ Always Pray for Mesir, Pray for Syria, Pray for Rohingya, Pray for Gaza ~~




Wednesday, 24 July 2013

Salam Atas Baginda S.A.W

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥ 

 

Bismillah. Have you had your Shake for sahur today? Alhamdulillah syukur atas nikmat islam dan iman, selawat dan salam ke atas Baginda SAW. Kali ini saya akan post lirik qasidah Salam Atas Baginda. Qasidah kini telah mula menjadi perbualan antara masyarakat luar pada hari ini.


Salam atas Baginda...

Ya Rasulallah, salam kerinduan untukmu
engkaulah hamba Allah yang terpuji
engkaulah kekasih Allah yang amat dicintai
selawat dan salam dari Allah untukmu

Salam atasmu duhai permata yang indah
salam atasmu duhai purnama yang menerangi
salam atasmu duhai cahaya dari Allah
salam atasmu wahai Penutup segala Nabi

Salam atasmu duhai kekasih kami
salam atasmu duhai kerinduan kami
salam atasmu duhai pensyafaat kami
salam atasmu duhai yang mencintai kami

Salam atasmu duhai penegak kebenaran
salam atasmu wahai penghancur kebatilan
salam atasmu duhai pelindung anak yatim
salam atasmu duhai pelindung kaum wanita

Salam atasmu pelindung fakir dan miskin
salam atasmu penolong orang yang dizalimi
salam atasmu penyebar cahaya kerahmatan
Salam atasmu duhai yang berbimbang pada kami

salam atsmu duhai yang mendokan keampunan kami
Salam atasmu duhai pemegang telaga Al - Kauthar
salam atasmu duhai Nabi penghilang segala duka
salam atas pemberi syafaat di padang Mahsyar
salam atasmu wahai Saidina Muhammad Ar - Rasul...





selamat mendengar, selamat beramal dan selamat berpuasa...sollu ala nabi.. :)


~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME.~
PM me at FB or  013-2221650

~~ Always Pray for Mesir, Pray for Syria, Pray for Rohingya, Pray for Gaza ~~


Saturday, 20 July 2013

4 Jenis Sabar..

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥

 




Bismillah...Salam ramadhan untuk sahabat-sahabat semua. Have you had had your Shake today? Alhamdulillah saya bersahur dengan Shake Herbalife untuk sahur pagi ini. InsyaAllah di kesempatan ini saya ingin kongsikan secara ringkas tentang jenis-jenis sabar yang dirujuk dari Kitab Risalatul Mu'awanah oleh Al-Imam Abdullah Al-Haddad dan dihuraikan berdasarkan beberapa kitab-kitab lain, insyaAllah.


Menurut beliau, kesabaran boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Bahagian-bahagian tersebut ialah :

1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
4) Kesabaran atas nafsu dan syahawat

Beliau juga, dalam salah satu majlis, telah menerangkan bahawa sesungguhnya mereka yang menerima ujian pada zaman ini terbahagi kepada tiga golongan :

1) Golongan yang redha dan bertenang menghadapi ujian. Ganjaran untuk mereka adalah diangkat darjat mereka.

2) Golongan yang gelisah menghadapi ujian tetapi tidak membantahnya. Ganjaran untuk mereka pula adalah dihapuskan dosa.

3) Golongan yang gelisah dan membantah pula ujian yang dihadapi. Mereka akan mendapat kemurkaan dan balasan yang buruk.




Berbalik kepada bahagian-bahagian kesabaran tadi, cuba kita lihat satu persatu. Kesabaran dalam melakukan ketaatan boleh kita lihat dalam mendidik jiwa untuk rajin dan tabah mengerjakan amal ibadat. Solat yang fardhu dan sunnah, sedekah yang fardhu dan sunnah, begitu juga puasa, haji, wirid harian, dan lain-lain amalan ketaatan kepada Allah baik yang khas mahupun yang am, memerlukan kesabaran dalam diri untuk melakukannya.

Namun begitu, bagi mereka yang telah sampai ke maqam Al-'Arif, segala ibadat tidak dirasakan melainkan perasaan yang lazat dan ketenangan. Al-Imam Al-Haddad ada menyebut: Sesiapa yang melazimi sifat sabar, akan sampai ke maqam Al-Qurb (hampir dgn Allah), dan di sana dia akan mendapati pada amal ibadatnya, kemanisan, kelazatan dan ketenangan yang tidak tergambar.

Betapa indahnya jika kita dapat merasai kemanisan begitu. Namun syaratnya seperti yang telah disebutkan oleh Al-Imam Al-Haddad adalah melazimi kesabaran. Pertamanya, sabar dalam istiqamah melakukan perkara yang wajib. Kemudian istiqamah dalam meningkatkan pula kualiti amalan kita itu dari sudut khusyuk dan sempurnanya. Seiringan itu kesabaran dalam beristiqamah melakukan perkara-perkara yang sunnah.

Bukankah di dalam hadis qudsi ada disebutkan bahawa tidak mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah dengan mengerjakan amalan sunnah, melainkan Allah akan menjadi Penunjuk kepada setiap langkah, perbuatan, pendegaran, penglihatan dan percakapannya. Apabila telah dekat diri kita dengan Allah, maka tentu sekali segala amalan tersebut menjadi kemanisan buat kita.

Cuba kita lihat. Apa jua yang ingin kita lakukan pada mulanya menuntut kesabaran. Si anak kecil, ketika mula-mula belajar makan, betapa sukar untuk memasukkan makanan ke dalam mulut. Selalu saja terbabas dari destinasi. Kadang terbabas ke dagu, kadang terbabas ke pipi, kadang ke hidung dan kadang sampai ke telinga. Namun berkat kesabaranlah kita semua mampu untuk makan dengan sempurna hari ini.

Begitu jua dengan amalan kita. Ambil contoh bacaan wirid selepas solat, ma'tsurat atau ratib-ratib yang ada. Kita perlukan kesabaran untuk terus membacanya dengan istiqamah. Berkat kesabaran kita, insyaAllah satu hari tanpa kita membacanya kita akan rasa kekosongan dan tidak sempurna hidup. Seperti sesorang yang berpisah dengan kekasih lagaknya. Nah, itu merupakan satu tanda kita telah mula menikmati kelazatan ibadat tersebut.

Ya Allah kurniakan kami kesabaran dalam mengerjakan amal ibadat mentaati-Mu! Amiin...




~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME.~
PM me at FB or  013-2221650

~~ Always Pray for Gaza, Pray for Syria, Pray for Rohingya, Pray for Mesir ~~
~