Monday, 7 October 2013

Amalan 10 Hari Awal di Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥
 


Bismillah.Selepas 10 malam akhir Ramadhan yang merupakan antara malam-malam terbaik dalam setahun, maka Allah kurniakan pula 10 hari awal Zulhijjah sebagai antara hari-hari terbaik dalam setahun. Di hujung 10 hari ini adalah sunnah melakukan korban.

“Tidaklah ada hari-hari untuk beramal soleh di dalamnya yang lebih dicintai Allah melainkan hari-hari ini (sepuluh hari awal dalam Zulhijjah).” Sabda baginda s.a.w. Sahabat bertanya baginda, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah?” “Walau jihad di jalan Allah sekalipun melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya dan hartanya, tidaklah dia kembali walau dengan satu apapun dari (kedua-dua)nya itu.” [HR Bukhari]


Suburkan 10 Hari Di Zulhijjah Ini Dengan Amal Soleh
Masih ada kesempatan buat kita sekiranya kita masih belum serius memanfaatkan peluang 10 hari ini untuk menyucikan jiwa dan mentarbiyah diri kita. Beberapa hari yang berbaki ini, dicadangkan untuk kita memperbanyak dan memperbaiki kualiti amal soleh kita. Apa-apa saja amal soleh boleh dilakukan, antaranya:
1) Memperbanyak zikrullah, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil
2) Berpuasa: Bagi yang tidak melakukan haji, digalakkan untuk berpuasa terutamanya pada hari Arafah.
Dari Abi Qotadah r.a. berkata: Ditanya kepada Rasul s.a.w. tentang puasa pada hari Arafah? Baginda bersabda: 
“Diampunkan baginya dosa pada tahun lepas dan tahun akan datang.”[HR Muslim]
3) Menambah tilawah dan tadabbur Al-Quran
4) Bersedekah di jalan Allah
5) Menjauhi maksiat – Stesyen kebaikan ini disediakan untuk sebagai satu rangsangan menuju perubahan. Rugilah siapa yang masih tidak mahu memanfaatkannya.
6) Berkorban
7) Beristighfar
8) Qiamullail
9) Bersilaturahim
10) Belajar dan menuntut ilmu
Mari manfaatkan peluang 10 hari awal di Zulhijjah ini untuk tarbiyah dan tazkiyah diri. Insya Allah sama-samalah kita usahakan... :)
*sumber:langitilahi.com
~~ Always Pray for Mesir, Pray for Syria, Pray for Rohingya, Pray for Gaza ~~

Friday, 4 October 2013

Asal - Usul Solat

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥
 

 

Bismillah, Assalamualaikum buat sahabat-sahabat sekalian. Apa khabar kalian semua.  Alhamdulillah, program Festival Kesenian Islam telah berjalan dengan lancarnya. Di hujung minggu yang tenang ini dapatlah  kembali mengemaskini blog ni. Insya Allah, untuk entri kali ini saya cuba kongsikan tentang asal-usul solat. 


Nabi Muhammad saw. Merupakan Nabi terakhir yang diutus oleh ALLAH SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat Nabi-Nabi yang lain. Umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat lima waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah ALLAH SWT terhadap umat Nabi Muhammad.

Tahukah Anda, siapakah yang pertama kali mengerjakan solat lima waktu itu? Secara berurutan, inilah nama-nama yang pertama kali mengerjakan solat 5 waktu itu.

Subuh


Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. Iaitu ketika Nabi Adam keluar daripada syurga lalu diturunkan ke bumi. Hal pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan Nabi Adam merasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua raka'at.

Zuhur


Manusia pertama yang mengerjakan solat Zuhur ialah  Nabi Ibrahim a.s. Iaitu tatkala ALLAH SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat raka'at.

Asar


Manusia pertama yang mengerjakan sholat Asar ialah ; Nabi Yunus a.s. ketika dikeluarkan oleh ALLAH SWT  dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat raka'at karena telah diselamatkan oleh ALLAH SWT. daripada tempat kegelapan.

Maghrib


Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. Iaitu ketika Nabi Isa dikeluarkan oleh ALLAH SWT daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga raka'at kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.

Isya' 


Manusia pertama yang mengerjakan solat Isya' ialah ; Nabi Musa a.s. Ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. ALLAH SWT. Menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isya' yang akhir. Lalu sembahyang Nabi Musa empat raka'at sebagai tanda bersyukur. 


Jangan lupa untuk senantiasa amalkan doa ni. Semoga kita menjadi insan yang TAQWA. Aamiin... :)