Monday, 28 January 2013

SPECTECULAR 2013

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..


♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥

Bismillah. Have you had your Shake today? Alhamdulillah, saya dah. Pagi ni minum Cappucino + F3. Sedap gilerrr. hehe2. Korang semua apa kabar?. Harap-harap korang semua sihat. Kalau ade yang tak sihat cepat-cepat pm saya. Mungkin saya boleh bantu. Okay, sekarang kelas cancel sebab lecture tak de. Dapat la saya membebel di sini. Saya ingat lagi pesanan kak Mel untuk tidak membazirkan masa. Sebabnya orang yang buat Herbalife part time macam saya ni perlu menggunakan sebaik mungkin masa-masa yang tersisa. So, hari ni saya cerita tentang Spectecular.



Apa itu SPECTECULAR?

Spectecular tu ialah salah satu daripada event yang ada dalam Herbalife. Ia adalah untuk menyambut ulang tahun Herbalife. Di Malaysia ni, Sectecular tahun ni adalah yang ke 7. Waauu. Dah 7 tahun Herbalife kt Malaysia ni dan tahun ni merupakan Spectecular yang pertama bagi diriku. Spectecular tahun ni diadakan di stadium Bukit Jalil. Spectecular tahun ni sangat-sangat osem 15000 orang datang. Yang datang semua tu semuanya distributor. 

Ni baru setengah stadium. 

Peerrghhh. Dalam satu stadium ni ada 15000 orang dan mereka semua ialah orang-orang yang positif. Kat stadium tu, kita semua belajar bersama, ketawa bersama, menagis bersama, menari bersama dan macam - macam lagi. Sangat luar biasa. Memang rugi besar la sape yang tak pergi Spectecular ni. Speaker yang datang bagi speech untuk Spectecular kali ni pun sangat luar biasa. Yang paling best dengar ialah Speech daripada pak yang dan mak yang serta ibu marina & pak marvin. Mereka berdua ni sangat menghiburkan dan kata - kata mereka menyebabkan ada antara kami menitis air mata. 

Satu lagi yang best tentang Spectecular ni kita semua dapat training dengan John Tartol. Dia ni dah 30 tahun buat bisness Herbalife ni. Die sekarang ni dah jadi Chairman kt Herbalife ni. Bawah dia ada lebih 600 orang Presiden. Peerrghhh, terbaiklah. Memang tak rugi aku habiskan duit semata-mata untuk ke Spectecular kali ni. Spectecular kali ni juga saya dapat kenal ramai orang baru dalam group kami. Maklumlah dalam group kami akulah yang jauh nun di Kuching. hehe2. Masa ni kita gunakan untuk saling kenal dan bertukar - tukar pendapat serta pengalaman. 

Bawa berapa orang pergi Spectecular?

Ni ayat biasa yang kita dengar bila pergi sana. Kata orang - orang yang berjaya dalam Herbalife semakin ramai orang yang kita bawa, semakin banyak income kita. Untuk Spectecular kali ni, saya bawa kakak dan adik pergi skali tambah sorang lagi best fren. 3 orang untuk tahun Spectecukar pertama. Insya Allah, next Spectecular nak tambah ke 30 orang. 

Yang baju putih tu abang. Dia datang hari last je. Tu pun sebab nak hantar aku pergi Airport.

My best Pren. Terima kaseh sebab sudi datang.

Paling best sepanjang Spectecular.

Sebenarnya, banyak sangat yang best di Spectecular ni. Tak muat page ni kalau nak tulis semua. Kalau korang betul - betul nak tau best ke tak. Korang patut join Herbalife ni. Tapi yang paling bagi aku ialah dapat tengok kak Mel n abg Abqari naik stage bersama - sama dengan Presiden  yang lain. Woww, memang terbaiklah. Tahniah. Satu hari nanti turn aku pula jadi Presiden. Tunggu aku di puncak. Insya Allah amiin....

"For things to change, you have to change. For things to get better, YOU have to get better"

Sekian saja untuk entri kali ni. Kalau korang nak tengok gambar - gambar yang lain boleh jenguk jenguk kat facebook saya. Sape yang nak join event - event Herbalife boleh la pm saya. Semoga entri kali ini bermanfaat untuk kita semua. Jumpa lagi Spectecular 2014. Salam :) 

~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME.~
PM me  013-2221650

~~ Always Pray for Gaza, Pray for Syria, Pray for Rohingya~~























Wednesday, 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul 2013

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥

Bismillah. Pejam celik, pejam celik dah lebih 1000 tahun Rasulullah S.A.W pergi meninggalkan kita. Kita hari ini semakin hari semakin jauh dengan Baginda. Ya Rsulullah S.A.W pergi mu tiada pengganti, hilanglah seri buana ini. Kaulah penyeri kaulah purnama. Yang menerangi hidup manusia. 

Ya Rasulullah, alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku tatap wajahmu. Ya Rasulullah, sesungguhnya aku amat merinduimu. Tanpa mu, umat mu terumbang - ambing. Maafkan aku ya Rasulullah kerana tidak bersungguh - sungguh menyambung kerja dakwah mu ya Rasulullah. 

Ayuh semua sahabat-sahabatku jika kita sayangkan Rasulullah S.A.W marilah sama-sama kita banyakkan berselawat keatas Baginda S.A.W. Sepatutnya kita tak perlu tunggu Maulidur Rasul baru nak berselawat. Jadikan selawat ke atas baginda SAW sebagai amalan harian.

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" 
-Al-Nasai & Ibn Hibban-

Sahabat semua sempena maulidur rasul 2013 ini, marilah sama-sama kita menghidupkan sunaah-sunnah Rasulullah  S.A.W. Terdapat banyak sunnah Rasulullah S.A.W. Yang paling mudah ialah menyimpan jaggut. Ramai orang lelaki masa kini tidak suka menyimpan janggut. Mereka kata simpan janggut tak hensem. Betul ke orang perempuan?. Tapi bagi saya simpan janggut ni hensem. hehe2...

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku. Dan sesiapa mencintaiku nescaya dia bersama-samaku didalam syurga"


Jom sama-sama kita tengok video ni. Mengalir air mataku kali pertama tegok video ni. Teramat jauh perbezaan dalam mencintai Rasulullah S.A.W antara kita semua berbanding para sabahat walaupun mereka sempat hidup bersama Baginda S.A.W. 


Asal Usul Sambutan Maulidur Rasul

Di kesempatan ini, saya kongsikan tentang asal usul sambutan maulidur rasul. Artikel ni saya jumpa di sebuah web dan ianya ditulis oleh Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar. Semoga kita semua beroleh manfaat daripada entry kali ini. Selamat membaca dan selamat beramal-amal ye... :)

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.

~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME.~
PM me  013-2221650

~~ Always Pray for Gaza, Pray for Syria, Pray for Rohingya~~

Tuesday, 15 January 2013

Study or Business???


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥

Bismillah. Apa kabar korang semua?. Aku disini alhamdulillah sihat-sihat jer dan semakin mengecil. heheheee. Terima kasih Allah sebab temukan aku dengan HERBALIFE. Semakin hari semakin aku jatuh cinta dengan HERBALIFE walaupun macam-macam yang terjadi. Sorry sangat-sangat sebab lama x update blog. Lebih-lebih lagi broadband aku tertinggal kat umah. Sabor jela aku dengan wireless asrama ni. Nanti SPECTECULAR ni baru dapat ambil broadband dari kakak aku. Lame lagi tu. Ape tu SPECTECULAR?. Kalau nak tau pm aku. hehehee....

Semester baru ni jadual kelas memang full gile. Hari-hari kelas start 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Lebih-lebih lagi hari selasa 7.30 pagi sampailah 6.30 petang. Tapi aku x kesah sebenarnya sebab aku ada Tea Mix HERBALIFE. Memang power giler tea nih. Walaupun kelas Full tapi aku masih dapat fokus dalam kelas.     

Tahun baru mestilah korang semua pun ada azam baru kan?. Macam tu jugak la aku. Semua azam aku tu, aku letak dalam dreamboard dan aku tampal depan meja study aku. Semoga Allah makbulkan segala azam aku. Aamiinnn. Upline aku kata, insya Allah kita akan capai sekurang-kurangnya 6 daripada 10 azam yang kita letak dalam dreamboard tu. Tapi kita mestilah berUSAHA. 



STUDY or BUSINESS?

Wow. Pening juga aku fikir tentang perkara nih. So, aku serah kepada Allah S.W.T. Kalau nak tahu mana yang terbaik untuk diri kita buatlah solat istikarah. Insya Allah, Allah akan tunjuk yang terbaik untuk diri kita. kita sebagai hambaNYA perlulah BERUSAHA sekuat yang mungkin.

Bagi aku, aku nak kedua-duanya. Tapi sebenarnya bukan dua tapi tiga perkara yang aku nak.  Study, Business dan Lose Weight. Pagi dan petang ada kelas. Habis kelas je kena bakar lemak n training hoki. Hanya hujung minggu je aku dapat buat Business HERBALIFE ni. Tumpuan aku sekarang ni hanya untuk turunkan berat sebanyak dan secepat yang mungkin. Aku juga tengah berusaha untuk dapat jadi player utama untuk skuad hoki maktab. Dengar cite ada sukan hoki dalam KAGUM tahun ni. 

Aku tak dapat nak ulas denga lanjutnya tentang perkara ni. So, aku ambil siket pesanan kak Mel untuk orang-orang macam aku ni. Mintak izin share siket ye info ni kak Mel. hehehee... Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal sini silalah ke blog kak Mel. 


BAGAIMANA MEMBAHAGI MASA SEBAGAI PELAJAR DAN DISTRIBUTOR HERBALIFE?

Dulu, ramai kawan-kawan sukaaaa sangat mention benda ni.

“Alaa Mel, kau hebat...sebab tulah kau boleh buat dua benda serentak...”

Jadi aku pun mula memerhatikan hidup mereka. Malam2, mostly akan bersembang, tengok movie kat laptop, etc. Siang kalau takde kelas, dorg akan tidur. TIDUR okayy. Serious. Ramai sangat yang suka tidur siang. TAHUKAH ANDA, antara side effect product Herbalife- Tak boleh tidur siang. So kalau tak boleh tidur, boleh la buat Herbalife kan?

Belajar? Jarang sangat aku jumpa orang yang belajar melainkan exam menjelang. Jadi apela yang hebat sangat kan? 

Akukah yang hebat, atau MASA itu hebat?? (Refer tu Surah Al-Asr)


TIME MANAGEMENT

Cuba tolak masa yang anda gunakan untuk;

  1. berbual2 kosong
  2. tengok movie kt laptop
  3. tidur siang
  4. main game
  5. tengok tv
  6. dating
  7. Lepak ngan Member
  8. Belajar tipu2*
Sekian saja untuk kali ini. Semoga entri kali ini bermanfaat untuk kita semua. Insya Allah. Pesanan saya untuk kali ini ialah "Jagalah Allah, Allah akan jaga kamu"....Bye bye. Salam... :)

~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME. PM me  013-2221650~

~~ Always Pray for Gaza, Pray for Syria, Pray for Rohingya~~

Monday, 14 January 2013

1

 Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...



♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥



Bismillah. Apa kabar semua?. Diharapkan anda semua sihat-sihat saja. Kali ini saya nak kongsikan tentang No 1. Ni bukan pasal 1 Malaysia yer. hehehee... Info ni saya dapat daripada seorang sahabat di facebook. Selamat membaca. :)


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.


3 .Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA

30.  Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhamamad SAW


Wahai, sahabat maya..baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah… semoga 

kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah...


~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME. PM me 013-2221650~

~~ Always Pray for Gaza, Pray for Syria, Pray for Rohingya~~