Monday 25 February 2013

Perginya Seorang Sahabat


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..



♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥

Bismillah. Sebelum memulakan biacara untuk kali ini saya memehon kepada rakan-rakan permbaca sekalin untuk sama-sama membacakan surah Al-fatihah dan disedeqahkan kepada arwah Ahmad Tarmizi. Cepat betul roda kehidupan ini berputar. Sedih tidak dapat menahan perasaan hati bila menatap wajah Arwah Tarmizi. Seorang sahabat yang sentiasa menceriakan rakan-rakan yang lain walaupun hati sendiri dilanda pelbagai masalah dan derita.

Pergi tak kembali.


Pukul 5.30 petang aku mendapat sekeping mesej yang betul-betul menyentuh hati daripada seorang sahabatku tentang pemergian arwah.  Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Seorang sahabat baik yang sama-sama menuntut ilmu di SMKANI telah pergi buat selama-lamanya. Hampir sepuluh tahun aku berkawan dengannya. Pemergian arwah meninggalkan sebuah kenangan persahabatan yang dipenuhi suka dan duka. Takziah untuk beliau kerana sudah tiba masanya untuk bertemu Illahi, Allah lebih sayangkan beliau. Sebagai seorang rakan, pastinya hati ini sayu dan terkejut mendengar berita pemergian beliau.

Inilah kali kedua saya kehilangan seorang rakan yang betul-betul saya kenal dan bersama sama dengan saya mengumpul detik-detik berharga semasa di SMKANI dahulu. Hanya gambar sahaja sebagai kenangan yang akan menyegarkan kembali memori persahabatan ini. Sungguh, terkilan sangat hati ni sebab tak dapat bertemu dengan arwah sebelum dia kembali ke rahmatullah. Tapi sebagai seorang sahabat, saya harus merelakan pemergian beliau dan redha atas ketentuan Allah yg lebih mengetahui.

Sahabat selamanya.


Semua sahabat-sahabat yang mengenali beliau pastinya kan bersedih atas pemergian arwah. Tetapi yang paling sedih dengan pemergian arwah ialah sahabatku Ikhwan. Dia merupakan kawan yang paling rapat dengan arwah. Mereka tinggal satu kampung, bersekolah bersama dan sama-sama menyambung pelajaran di universiti yang sama. Dia juga orang yang berada disisi arwah saat beliau pergi menghadap ilahi. Bersabarlah wahai sahabat. Semoga Allah merahmati hubungan persahabatanmu bersama arwah.



Ingatlah bahawa ada suatu perkara yang apabila sampai waktunya. Ianya tidak akan dicepatkan mahupun dilambatkan walaupun seditik. Ketahuilah bahawa hal itu adalah benar dan pasti. Iaitu kematian yang hakiki.

Puisi untuk arwah.


Kenal tak lama tapi mesra
Kasih tak dalam tapi kekal
Senyum tak manis tapi ikhlas
Hati tak cinta tapi rindu
Sayang tak selalu tapi berpanjangan
Perhatian tak beri tapi ingat selalu

sahabat
begitu banyak kenangan yang kita lalui
ke bahagian yang selalu kita rasa bersama
namun musnah dengan sekejap
telah di renggut oleh maut yang tak terduga



sahabat

kini kau telah pergi meninggalkan ku

meninggalkan semua kenangan kita

menyimpulkan sebuah air mata

yang terjatuh di pipi ku

sahabat
meski kini kita tak bersama
meski kita telah berbeda kehidupan
namun kita tetap satu dalam hati dan cinta
karena kau sahabat sejati ku

selamat tinggal sahabat ku
selamat jalan sahabat sejati ku
cinta kasih mu kan selalu satu di hati ku
selamanya ………


Kau pergi jua sahabatku..
Sesungguhnya Tuhan lebih menyayangimu..

Maafkan segala khilafku. 

Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu. Akhir sekali, Maaf andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa, maaf jika kehadiranku di hadapanmu membuatkan engkau merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yang mungkin.

Sebagai kawan, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mendoakan arwah. Semoga segala dosa-dosa arwah diampunkan dan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Saya juga berharap agar sesiapa yang mengenali arwah dapat memaafkan beliau dan menghalalkan segala hutang piutang arwah. Semoga kita merelakan pemergian arwah dan beliau tenang di alam yang baru..

Al-Fatihah buat Arwah.Takziah buat keluarga Arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. aamiinn.



~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME.~
PM me at FB or  013-2221650

~~ Always Pray for Gaza, Pray for Syria, Pray for Rohingya~


3 comments:

  1. sedih ming... aku hok kwn dgn arwah dr kecik smpai besar mmg terasa btl2 kehilangan..xsmpat nk mnta maaf dgn arwah..kesal sgt2..

    ReplyDelete
  2. yup jid...ak pn sdih jgk...nk wt gane...Allah lebih sygkn die...

    ReplyDelete
  3. minta izin copy

    ReplyDelete