Tuesday 27 November 2012

3

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...


♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥






Sahabat-sahabat sekalian, apa kabar iman kita hari? Alhamdulillah kalau iman semakin bertambah, kalau semakin berkurang sama-samalah kita usahakan agar diri kita menjadi orang yang lebih baik untuk hari-hari akan datang. Aamiin...

Insya Allah untuk entri kali saya kongsikan bersama tentang no 3. Adakah ia ada kaitan dengan team bola sepak negara kita yang telah tewas 0-3 kepada Singapura. Mungkin kottt...he3. 

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya.    (H.R. Tirmidzi)



Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :

1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.


Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.


Artikel ini saya perolehi daripada facebook. Jikalau ada salah dan silap saya mohon maaf dan harap diperbetulkan. Jika ianya bermanfaat sebar-sebarkanlah. Semoga kita semua dapat kebaikan daripada artikel ini. Insya Allah.

~~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME. PM me 013-2221650~

~~ Always Pray for Gaza, Pray for Syria, Pray for Rohingya~~

Saturday 24 November 2012

AKU & HERBALIFE

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh....

♥اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم♥



Insya Allah hari ni saya nak berkongsi-pengalaman saya dalam HERBALIFE. Sebenarnya dah lama saya guna produk nih kalau tak silap akhir bulan 2 tahun nie. Masa tu semangat sangat nak turun berat badan sebab ada sorang cikgu di sekolah saya buat PBS berjaya kurus dengan menggunakan Herbalife.

So, saya pun ambil keputusan untuk try guna produk ni. Satu Kuching saya pusing untuk cari orang jual produk ni. Ingatkan ada jual kat farmasi biasa macam ubat-ubat lain. At last jumpa jugak kat Boulevard, Kuching. Maka kenallah saya dengan seorang cina yang bernama Evelyn. Dia nih dah pernah turun 8 kg dalam masa 3 bulan. 

Saya berfikir 3, 4 kali sebelum beli produk Herbalife sebabnya mahal. Tapi sebab nak Turun berat punya pasal saya dah tak kesah pasal harga. Selapas seminggu guna masih tak ada perubahan. saya pun call seorang member zaman sekolah menengah dulu. Dia ni memang aktif Herbalife. So, saya pun cite la cara saya guna produk tu. Terbahak-bahak dia sukakan saya sebab salah guna produk tu. Dia kata kalau tak tahu tanyalah.

Lepas je ikut cara yang sepatutnya saya pun terus sign up jadi ahli Herbalife bawah dia. Maka bermulalah kehidupanku bersama Herbalife. setelah berbulan-bulan guna total loss weight saya ialah 6 kg. Alhamdulillah. ok la walaupun siket. Ni la sebabnya saya tak guna produk Herbalife ni secara konsisten. Tapi walaupun berat turun siket je, saya dapat rasakan yang stamina saya semasa bersukan semakin meningkat. Allahurabbi 

Bermula pada 19 november yang lalu saya janji pada diri saya sendiri untuk menggunakan kembali Herbalife secara series dan konsisten. Insya Allah segala perkembangan akan saya bagitau dari masa ke semasa di sini.  doakan saya berjaya ye sahabat-sahabat semua. Salam...

~~BE HEALTHY, LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, MAINTAIN WEIGHT, RESHAPE YOUR BODY, IMPROVE SKIN COMPLEXION or EARN EXTRA INCOME. PM me 013-2221650~


"Saya Tahu Allah sayang saya. Sebab tu diri ini masih diberi kesempatan untuk berubah dan menjadi hamba yang lebih baik. Thank You Allah"

~~Pray For Gaza, Pray For Syria, Pray For Rohingya~~

Friday 23 November 2012

Puasa Asyura

Assalamulaikum warahmatullah hi wabarakatuh...

Kelebihan Puasa Asyura : 

Daripada Abu Qatadah al-Ansari Radhiallaahu `anhu,beliau berkata bahawa Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam telah ditanya tentang puasa 'Asyura` dan Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam menjawab :
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضي

"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Autor, 4/323]




Apabila Manusia Jahil Agama

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh....

Salam 10 Muharam sahabar-sahabat semua. Marilah sahabat semua kita berpuasa pada hari ini kerana besar ganjarannya. 

Salah satu tanda-tanda kiamat ialah : 
"Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama daripada manusia"


" Insan adalah khaliafah Allah, maka teruskanlah perjuangan untuk membela, menegakkan dan menyebarkan agama Allah di atas muka bumi sehingga ke hari kiamat"

Sayu rasanya hati ini melihat gambar diatas di salah tafsirkan. Ini adalah kesan daripada kurangnya didikan agama dan tidak berminat untuk mendalami ilmu-ilmu Allah dengan mendalam. Allahurabbi. Mungkin juga disebabkan diriku ini sudah lama tidak memperingati sahabat-sahabat yang yang tentang agamaMu Ya Allah. Maafkanlah HambaMU ini Ya Allah.  

Semoga Allah membuka pintu hati mu wahai sahabat untuk menerima kebenaran. Aamiin..

~~Maafkan diri ini jikalau ada membuat kesilapan, tegurlah diri ini, tunjuklah cara yang betul~~