Thursday 26 July 2012

Tiga Golongan Yang Rugi


"Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata:
1) "Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu". Aku    mengucap:"Amin".
 2) "Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak dimasukkan ke syurga". Aku berkata:"Amin".
3) Jibril berkata lagi:"Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya". Lalu aku mengucapkan:"Amin".
 -Riwayat Imam Ahmad-

 Daripada qaul Rasulullah SAW di atas dapatlah disimpulkan, terdapat 3 golongan manusia yang Rasulullah SAW kategorikan sebagai seorang yang rugi. Ruginya bukan di dunia sahaja, malah ruginya berterusan sehingga hari akhirat. Ketika mana orang lain berlumba-lumba mengumpul 'dana pahala' di dunia, dirinya sambil lewa dengan kehidupan dunianya. Maka terlepaslah peluang dan kesempatan yang Allah beri kepadanya.

InsyaAllah, sama-sama kita berdoa semoga usaha yang kecil dan amalan yang sedikit ini dapat mengubah diri. Biar kecil dan sedikit asalkan kita lakukan dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh. Berazam dan bertawakkallah kepada Allah SWT semoga Allah redha dengan apa yang kita lakukan.

 Yakinlah, amalan yang disertai dengan kesungguhan semata-mata mengharapkan redhanya Allah SWT pastinya nanti akan sentiasa menjadi 'sahabat' kita. Setiap masa kita akan bersama-sama dengannya. Umpama seseorang yang sentiasa membaca Al-Quran sudah pastilah Al-Quran itu menjadi sahabatnya. Ada sahaja kesempatan dan masa terluang, Al-Quranlah yang dicapainya. Hari-harinya sentiasa bersama Al-Quran. Gunakanlah peluang dan kesempatan ini dengan melipat gandakan lagi amal ibadah kita.